Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • ‘Kesan menggerunkan’ apabila arahan pemindahan Israel libatkan lebih 40 peratus wilayah Gaza – PBB
  • GLOBAL

‘Kesan menggerunkan’ apabila arahan pemindahan Israel libatkan lebih 40 peratus wilayah Gaza – PBB

Utusan Sarawak 1 day ago
PENDUDUK Palestin yang kehilangan tempat tinggal menerima bungkusan makanan daripada yayasan yang disokong AS yang berjanji untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan di Rafah barat di selatan Semenanjung Gaza. Beribu-ribu rakyat Palestin bergegas ke pusat pengedaran bantuan baharu yang dikendalikan oleh kumpulan yang disokong AS di selatan Gaza pada Selasa, lapor wartawan AFP, yang membawa kepada kejadian baharu yang huru-hara. Insiden di Rafah berlaku beberapa hari selepas pelonggaran sebahagian daripada sekatan bantuan di wilayah yang dikenakan Israel pada 2 Mac lalu, menyebabkan kekurangan makanan dan ubat-ubatan yang teruk. Foto AFP

HAMILTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa pengeboman berterusan oleh Israel serta arahan pemindahan baharu memberi kesan buruk kepada orang awam di Gaza, dengan lebih 40 peratus wilayah itu kini tertakluk kepada arahan pemindahan.

Memetik kenyataan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata pihaknya menegaskan bahawa peningkatan dalam operasi kemanusiaan amat penting bagi mengelakkan kebuluran dan memenuhi keperluan semua orang awam, di mana jua mereka berada.

“Semalam, satu lagi arahan pemindahan dikeluarkan Israel, melibatkan kira-kira 155 kilometer persegi di Rafah, Khan Younis dan Gaza Tengah serta menjejaskan lebih 60 kejiranan. Ini mewakili lebih 40 peratus Semenanjung Gaza,” kata Dujarric

Beliau turut menyatakan bahawa lokasi penempatan semula di Beit Hanoun, Izbat Beit Hanoun dan Beit Lahiya kini hampir kosong, manakala penduduk di Khan Younis terus terdedah kepada pelbagai elemen dan keletihan fizikal selepas berjalan jauh tanpa makanan.

“Sejak peningkatan semula permusuhan pada Mac, rakan-rakan kemanusiaan kami menganggarkan lebih 632,000 orang terpaksa melarikan diri sekali lagi,” katanya.

Mengenai perkhidmatan kesihatan yang semakin merosot, beliau berkata: “Sejak Isnin lalu, lebih dua dozen pusat kesihatan dan klinik bergerak serta sebuah hospital menggantung perkhidmatan mereka akibat pertempuran, serangan atau arahan pemindahan.”

Beliau sekali lagi menggesa agar semua pintu sempadan dibuka untuk membolehkan bantuan dan barangan komersial masuk.

“Undang-undang antarabangsa mesti dihormati dan operasi kemanusiaan perlu dibenarkan tanpa sebarang kelewatan,” katanya.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Raja Charles terkejut, sedih insiden ngeri di perarakan Liverpool
Next: Syarikat perisian asas AS Salesforce ambil alih syarikat AI Informatica bernilai AS$8 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.