Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kes Zayn Rayyan: Mahkamah tetapkan 4 Disember dengar permohonan tangguh hukuman Ismanira
  • MAHKAMAH

Kes Zayn Rayyan: Mahkamah tetapkan 4 Disember dengar permohonan tangguh hukuman Ismanira

Utusan Sarawak 4 hours ago
Foto fail BERNAMA

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 4 Disember ini untuk mendengar permohonan Ismanira Abdul Manaf bagi menangguhkan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lepas.

Penolong Pendaftar Kanan Nadiah Misman membuat keputusan itu selepas peguam Haresh Mahadevan, yang mewakili Ismanira, memfailkan permohonan berhubung perkara tersebut hari ini.

Pada 31 Oktober lepas, Ismanira, 30, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah mengabaikan kanak-kanak autistik itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau memerintahkan Ismanira menjalani hukuman penjara bermula 31 Oktober, selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.

‎Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bunuh abang kandung: Lelaki terlepas tali gantung dipenjara 35 tahun, 15 sebatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.