Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes Zara Qairina: Lelaki 61 tahun ditahan di Semporna, disyaki ugut pakar patologi
  • JENAYAH

Kes Zara Qairina: Lelaki 61 tahun ditahan di Semporna, disyaki ugut pakar patologi

Utusan Sarawak 3 days ago
POLIS telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir.

KOTA KINABALU: Polis telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata tangkapan dilakukan kira-kira 7.00 pagi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

Beliau berkata, pada Jumaat lepas polis menerima laporan mengenai kenyataan di laman Facebook yang mengandungi ugutan jenayah terhadap pakar patologi Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Dr Jessie Hiu.

“Hasil semakan awal ke atas sebuah telefon bimbit jenama Redmi yang dirampas mendapati suspek adalah pemilik akaun Facebook ‘Amung Kamaruddin’ yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap pakar patologi terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jauteh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab, serta mengelak kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan menimbulkan keresahan masyarakat.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai. Beliau dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya, selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4.00 pagi.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bot tunda, sembilan kru warga Indonesia ditahan di perairan Bintulu
Next: Lelaki Betong rugi RM1,530 akibat ‘pinjaman wang’ palsu di Facebook

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.