Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kes Zara Qairina: Khidmat kami pro bono, tertuduh bukan anak VVIP – Ram Singh
  • MAHKAMAH

Kes Zara Qairina: Khidmat kami pro bono, tertuduh bukan anak VVIP – Ram Singh

Utusan Sarawak 17 hours ago
Peguam Ram Singh.

KOTA KINABALU: Semua peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa membuli Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberikan khidmat pembelaan kepada tertuduh secara pro bono (percuma).

Tanpa mendedahkan identiti atau status tertuduh, Datuk Ram Singh menegaskan bahawa anak guamnya bukanlah anak kepada mana-mana individu ternama atau VVIP.

“Anak guam kami bukan anak VVIP, sebaliknya seorang remaja yang juga berhak mendapat pembelaan di sisi undang-undang.

“Kami didekati oleh keluarga untuk mendapatkan bantuan guaman, dan bersama peguam lain, kami mewakili mereka secara pro bono,” katanya seperti dilaporkan NST sebelum prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hari ini.

Pro bono merujuk kepada perkhidmatan yang diberikan secara percuma oleh peguam kepada individu atau organisasi yang tidak mampu membayar yuran guaman.

Ram bersama Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili salah seorang daripada lima tertuduh.

Empat yang lain pula diwakili oleh peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Fareez Salleh dan Sylvester Kuan.

Mereka turut menegaskan bahawa anak guam masing-masing bukan daripada keluarga VVIP.

Menurut Azhier, tertuduh yang diwakilinya juga berhak diberi peluang untuk mengemukakan keterangan bagi menyokong pembelaan.

“Anak guam kami berhak mendapat perlindungan yang dijamin undang-undang, termasuk hak untuk mengemukakan bukti dan keterangan di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, lima remaja berkenaan didakwa di Mahkamah Juvana di sini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap terhadap Allahyarham Zara Qairina. Mereka mengaku tidak bersalah.

Prosiding dijalankan secara tertutup dengan kawalan keselamatan ketat.

Selepas perbicaraan, media dimaklumkan bahawa Ram telah memohon perintah larangan (gag order), yang sekali gus menghalang pendedahan lanjut mengenai apa yang berlaku sepanjang prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

Zara, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu.

Sementara itu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina berkata, pihaknya tidak dibenarkan bercakap mengenai prosiding kerana wujudnya gag order.

“Kami memohon maaf, kalau perkara lain kami boleh jawab tetapi untuk prosiding hari ini kami tidak dibenarkan kerana adanya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 dan juga gag order.

“Gag order hanya untuk kes ini sahaja, tetapi inkues tidak ada dan boleh dibuat liputan,” katanya yang hadir sebagai pemerhati dalam kes tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kepada orang ramai mengenai proses perundangan membabitkan kanak-kanak yang tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak 2001.

“Bagi kanak-kanak, banyak perkara yang tidak boleh didedahkan kerana wujudnya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 yang menghalang penyiaran mengenai kanak-kanak, sama ada melalui tempat tinggalnya, nama atau ibu bapanya,” katanya. – NST

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Ceroboh kilang, lelaki dipenjara tiga bulan
Next: Guru dakwa Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh dituduh timbulkan kegentaran awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.