Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kes tuntutan Sulu: Kejayaan Malaysia di mahkamah legasi Kerajaan MADANI
  • NASIONAL

Kes tuntutan Sulu: Kejayaan Malaysia di mahkamah legasi Kerajaan MADANI

Utusan Sarawak 11 hours ago
MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (kiri) berkata sesuatu kepada peniaga sewaktu melawat gerai jualan usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sempena Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau selama tiga bermula hari ini hingga Ahad ini. FOTO BERNAMA

TAWAU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata kemenangan Malaysia di mahkamah antarabangsa berkaitan kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah adalah satu legasi kejayaan Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sebagai menteri Persekutuan beliau sememangnya amat berbangga menjadi sebahagian daripada kabinet yang telah memastikan kemenangan berkenaan berpihak kepada Malaysia.

“Bagi pihak pimpinan negeri dan rakyat Sabah, kita ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selepas menghadiri Sesi Pocket Talk Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) bertajuk Kemenangan Malaysia Dalam Tuntutan Sulu yang disampaikan oleh Pengarah Seksyen Hubungan Antarabangsa BHEUU, JPM Irianie Abdul Wahab, sempena Program MADANI Rakyat (PMR) Sabah 2025 di sini hari ini.

Lapan warga Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang sudah tidak wujud, sebelum ini telah memfailkan prosiding timbang tara di Sepanyol bagi menuntut berbilion dolar AS daripada Malaysia berhubung isu membabitkan Sabah, dan pada Mac 2019 sebuah mahkamah di Madrid yang telah melantik Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara bagi kes itu.

Pada 28 Februari 2022, Stampa membuat keputusan yang memihak kepada kumpulan itu dan mengeluarkan Award Akhir sebanyak USD14.9 bilion, namun ia merupakan hasil daripada timbang tara yang tidak sah kerana pelantikan beliau sebagai penimbang tara telah dibatalkan terlebih dahulu oleh Mahkamah Sepanyol.

Pembatalan pelantikan kehakiman Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam kes Sulu dibuat Mahkamah Tinggi Keadilan Madrid pada 2021.

Malaysia sebelum ini telah memperoleh beberapa siri kemenangan dalam kes tuntutan kumpulan Sulu antaranya pada November tahun lepas, dengan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan berkenaan.

Kemenangan bersejarah buat Malaysia itu bermakna asas awal yang membawa kepada Award Akhir iaitu Malaysia perlu membayar pampasan sebanyak USD14.9 bilion, tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis. — Bernama

Continue Reading

Previous: Sultan Selangor, permaisuri berkenan melawat ekspo Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Next: MHRS pacu infrastruktur mobiliti hidrogen – Chang  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.