Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kes tikam 61 kali: Dua suspek remaja lelaki disambung reman
  • MAHKAMAH

Kes tikam 61 kali: Dua suspek remaja lelaki disambung reman

Utusan Sarawak 4 hours ago
TEMPOH reman dua remaja lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penuntut kolej perempuan yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh disambung selama tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman sehingga Khamis depan terhadap dua suspek berusia 19 tahun dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini, selepas reman tujuh hari sebelum ini, tamat hari ini. Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Tempoh reman dua remaja lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penuntut kolej perempuan yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh disambung selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Khamis depan terhadap dua suspek berusia 19 tahun dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini, selepas reman tujuh hari sebelum ini, tamat hari ini. 

Terdahulu, dua suspek tiba di mahkamah pada 8.50 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari dan diiringi anggota polis.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 1 Mei, mayat penuntut kolej itu ditemukan di jalan berhampiran kawasan sawah Kampung Simah dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di situ.

Susulan kejadian itu, empat suspek berusia 19 hingga 66 tahun ditahan bagi membantu siasatan, namun dua warga emas termasuk seorang wanita telah dibebaskan selepas direman tiga hari. – Bernama

Continue Reading

Previous: Shamsul Iskandar fail rayuan pindah kes rasuah ke Mahkamah Tinggi
Next: Kes bekas PAT: 23 dokumen termasuk rakaman percakapan diserahkan kepada pembelaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.