Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kes Tibi meningkat, DBKU tingkatkan SOP di bazar Ramadan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kes Tibi meningkat, DBKU tingkatkan SOP di bazar Ramadan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Dr. Abdul Rahman Junaidi ketika menjawab pertanyaan media mengenai peningkatan kes TB selepas sidang media Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak di Kuching, hari ini.

KUCHING: Susulan peningkatan kes tuberkulosis (Tibi) yang dilaporkan di Sarawak baru-baru ini, prosedur operasi standard (SOP) di semua bazar Ramadan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan dipertingkatkan sebagai langkah pencegahan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, berkata antara langkah yang disarankan termasuk penggunaan pelitup separuh muka bagi individu yang berada di kawasan sesak atau bergejala.

“Penyakit Tibi ini berlaku sepanjang masa dan dikategorikan sebagai endemik. Mungkin pihak kementerian telah memaklumkan bahawa jumlah kes yang dilaporkan adalah tinggi, justeru kita mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya kepada media selepas sidang media sambutan Nuzul al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1437H/2026M di Persada Majma, Aras 17, Pejabat Majlis Islam Sarawak (MIS), di sini, hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mengalami simptom seperti batuk berpanjangan dinasihatkan supaya segera mendapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital berhampiran bagi mengelakkan penularan dalam komuniti.

Semalam, Sarawak merekodkan sekitar 300 kes Tibi di seluruh negeri, namun jumlah tersebut masih dalam keadaan terkawal.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Kasih Sebiji Kurma 3.0 semarakkan Ramadan di Politeknik Mukah
Next: Pembinaan semula Jambatan Sungai Musah rancak, jamin laluan lebih selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.