MINNEAPOLIS: Protes meletus setelah polis Amerika Syarikat (AS) menembak mati seorang pemuda kulit hitam di pinggir bandar Minneapolis pada malam Ahad lalu yang mana seorang bekas pegawai polis kini diadili atas pembunuhan George Floyd.
“Ratusan orang berkumpul di luar balai polis di Brooklyn Center, di barat laut Minneapolis.
“Polis juga melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan,” menurut wartawan video AFP di tempat kejadian.
Ibu Daunte Wright, seorang remaja lelaki kulit hitam berusia 20 tahun memberitahu orang ramai bahawa anaknya ditarik oleh anggota polis pada malam Ahad lalu, lapor media tempatan.
Katie Wright mengatakan bahawa dia mendengar pegawai memberitahu anaknya untuk meletakkan telefonnya ke bawah dan kemudian salah seorang pegawai menamatkan panggilan.
Tidak lama kemudian, teman wanita anaknya memberitahu bahawa dia telah ditembak.
Biro Penangkapan Jenayah Minnesota mengesahkan kepada AFP bahawa polis menyiasat insiden tembakan yang melibatkan pegawai di Brooklyn Center tetapi enggan mengenal pasti mangsa.
Menurut kenyataan dari Jabatan Polis Pusat Brooklyn, pegawai menarik seorang pemandu kerana melanggar undang-undang jalan raya.
Ketika mereka mengetahui bahawa dia memiliki waran tertunggak, mereka (polis) berusaha membawanya ke tahanan.
Mangsa masuk ke dalam keretanya dan salah seorang petugas melepaskan tembakan ke arah pemandu yang menyerang sehingga menyebabkan mangsa maut di di tempat kejadian.
Seorang penumpang wanita di dalam kereta mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan dibawa ke hospital tempatan, kata kenyataan itu, yang tidak mengenal pasti wanita itu.
Beberapa ratus orang berkumpul di Brooklyn Center pada Ahad lalu untuk bertemu dengan polis dengan membawa peralatan rusuhan.
Gambar dari tempat kejadian menunjukkan lelaki memijak kaca depan kereta peronda polis. Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata yang meleraikan penunjuk perasaan, menurut Star Tribune.
Setelah sekitar satu jam, kehadiran polis berkurang dan orang ramai menyalakan lilin dan menulis pesanan seperti “Justice for Daunte Wright”menggunakan kapur di atas jalanan.
Pada masa sama, Datuk Bandar Brooklyn, Mike Elliott menyebut penembakan itu adalah tragis.
“Kami meminta para penunjuk perasaan untuk terus tenang dan melakukan protes tanpa kekasaran,” tulisnya di Twitter.
Tetapi, pertempuran berlaku sekali lagi setelah sekumpulan beberapa ratus penunjuk perasaan berkumpul di luar Ibu Pejabat Polis Brooklyn Center dan dileraikan menggunakan dengan gas pemedih mata dan senjata renjatan.
Tembakan itu dilakukan semasa perbicaraan berterusan bekas pegawai polis Derek Chauvin yang menghadapi tuduhan pembunuhan di atas kematian George Floyd di Minneapolis pada Mei tahun lalu.
Pembunuhan Floyd mencetuskan protes selama berbulan-bulan di Amerika Syarikat bagi menentang isu perkauman yang melibatkan kekejaman polis serta menarik kemarahan antarabangsa. -AFP