Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kes Tebingan Tambirat mungkin dibawa ke mahkamah, spesifikasi projek dinilai semula
  • Selatan
  • WILAYAH

Kes Tebingan Tambirat mungkin dibawa ke mahkamah, spesifikasi projek dinilai semula

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Rubiah Wang ketika ditemui pemberita selepas merasmikan HITS Sarawak 2026 di Plaza Merdeka, hari ini.

KUCHING: Kes projek Tebingan Sungai Tambirat Fasa Pertama yang tergendala selepas berlaku keruntuhan struktur kini berada dalam pertimbangan pihak berkuasa untuk dibawa ke mahkamah.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Wang berkata, siasatan berhubung projek tersebut telah selesai dijalankan dan ketika ini pihak kerajaan sedang menunggu nasihat lanjut daripada Peguam Besar Negeri (SAG).

Menurutnya, keputusan itu penting sebelum tindakan susulan dapat diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam projek berkenaan.

“Siasatan sebenarnya telah siap dan kini masih dalam pertimbangan SAG kerana kita bercadang membawa kes ini ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Jelajah Institusi Pendidikan Tinggi (Higher Education Institution Tour Series – HITS) Sarawak 2026 di Plaza Merdeka, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) sedang menilai semula bil kuantiti (BQ) serta spesifikasi projek bagi memastikan pembinaan tebingan sungai itu dapat diteruskan.

Rubiah berkata, projek yang menelan kos lebih RM20 juta itu sebelum ini telah mencapai kemajuan melebihi 50 peratus sebelum berlaku keruntuhan yang menyebabkan sebahagian besar struktur mengalami kecacatan.

“Keadaan hakisan di kawasan tersebut juga semakin bertambah dan menyebabkan projek itu memerlukan penilaian semula serta tambahan kos sebelum dapat disiapkan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa projek waterfront itu masih diperlukan oleh penduduk setempat dan kerajaan komited untuk meneruskannya selepas semua penilaian teknikal selesai.

Terdahulu, pembinaan Tebingan Sungai Tambirat Fasa Pertama yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) tergendala selepas berlaku keruntuhan di salah satu kawasan tapak projek ketika kerja pembinaan sedang dijalankan.

Insiden itu menyebabkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kerosakan berpunca daripada faktor semula jadi atau masalah teknikal.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan laporan siasatan berhubung insiden tersebut telah siap sepenuhnya dan sedang melalui proses tindakan susulan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Tebingan Sungai Tambirat Fasa Kedua yang dianggarkan bernilai antara RM130 juta hingga RM150 juta masih dalam peringkat awal pelaksanaan membabitkan proses tender dan pemilihan kontraktor.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 608 penduduk terjejas banjir di Long Bemang
Next: Perpaduan kunci tarik lebih banyak pembangunan ke Ngemah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.