Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kes SRC: AGC mohon lanjutan sebulan untuk putuskan representasi Najib
  • MAHKAMAH

Kes SRC: AGC mohon lanjutan sebulan untuk putuskan representasi Najib

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir di Mahkamah Tinggi pada 17 April yang lalu. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum membuat keputusan berhubung representasi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram yang melibatkan dana RM27 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Semasa prosiding pengurusan kes, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan kepada Hakim K. Muniandy bahawa representasi itu, masih belum diputuskan dan memohon lanjutan masa selama sebulan untuk memaklumkan kepada mahkamah keputusannya.

Sementara itu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar mahkamah memberikan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) kepada anak guamnya, dengan mengambil kira bahawa representasi itu telah difailkan hampir dua tahun lepas.

“Representasi itu telah difailkan pada Julai 2023, namun kami masih belum menerima sebarang maklum balas daripada AGC. Kami memohon mahkamah untuk membuat keputusan kerana perkara ini telah tertangguh selama dua tahun.

“Kami memohon agar kes ini digugurkan. Jika pihak pendakwaan ingin mendakwanya semula pada masa akan datang, itu adalah hak mereka,” katanya. 

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Jun untuk pihak pendakwaan mengemukakan perkembangan terkini berhubung perkara tersebut.

Pada 3 Februari 2019, Najib, 71, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya, di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut  Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

– Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Datuk ditahan sekali lagi kemuka butir matan palsu RM450 juta
Next: 1MDB: Pembelaan Najib tutup kes, mahkamah tetap 21 Oktober untuk dengar hujah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.