Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes serangan anak Rafizi: Polis Selangor serahkan siasatan kepada JSJ Bukit Aman
  • JENAYAH

Kes serangan anak Rafizi: Polis Selangor serahkan siasatan kepada JSJ Bukit Aman

Utusan Sarawak 1 day ago
Datuk Shazeli Kahar. Foto Bernama

SHAH ALAM: Siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli, diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata langkah itu dibuat bagi memastikan siasatan dijalankan secara lebih menyeluruh dan berpusat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

“Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Rabu lepas, media melaporkan polis mengesahkan anak bekas timbalan presiden PKR itu diserang dalam kejadian sekitar 2.00 petang, di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Rafizi mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam serta bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal, dengan seorang daripadanya bertindak mengheret anaknya sebelum mencucuk sesuatu menggunakan jarum suntikan.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Remaja 15 tahun ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Sibu
Next: Kertas siasatan Zara Qairina dirujuk semula ke AGC esok – JSJ Bukit Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.