KUALA LUMPUR: Hari ke hari, jumlah kes pesakit Covid-19 yang sembuh menunjukkan peningkatan, namun ia bukan ‘lampu hijau’ untuk orang ramai mengingkari arahan Perin- tah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua Rabu lepas.
Kerjasama rakyat untuk terus berdisiplin dan patuh kepada PKP mampu memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 yang menjadi igauan ngeri masyara- kat seluruh dunia.
Semalam, seramai 108 kes pesakit dijangkiti Covid19 berjaya sembuh dan ia menyaksikan jumlah paling tinggi yang sembuh dan keluar wad dalam sehari, menjadikan jumlah kese- luruhan kes sembuh dalam negara ialah 645 kes.
Ia adalah berita gembira tetapi peratusan rakyat untuk terus patuh kepada arahan PKP juga perlu di- tingkatkan bagi memastikan Covid-19 dapat dihapuskan sepenuhnya.
Semalam adalah hari ke-16 PKP dilaksanakan dan semestinya pihak berkuasa yang menjalankan operasi sekatan jalan raya dan rondaan semakin tegas terutama terhadap orang ramai yang bersikap keras kepala dan ingkar arahan.
Sementara itu, semakan dan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) un- tuk golongan B40 dan M40 yang merupakan sebaha- gian inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), dijang
ka terus meningkat selepas dibuka Rabu lepas.
Bagaimanapun, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan orang ramai boleh membuat semakan kelayakan BPN pada bila-bila masa sehingga 30 April ini. Ia juga bagi mengelakkan aliran trafi k yang tinggi di laman rasmi portal itu dan berkemungkinan akan mengambil masa yang lama untuk diakses.
Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula, mereka telah mula memohon Skim Pengeluaran Wang Akaun 2 i-Lestari sejak Rabu lepas menerusi i-Akaun (Ahli) se- laras dengan langkah ke- rajaan melanjutkan tempoh PKP.
Ahli KWSP juga mempunyai tempoh masa sepanjang April untuk menghantar permohonan bagi membolehkan mereka menerima bayaran pengeluaran wang secara bulanan bermula Mei, dan memandangkan cawangan KWSP dan Pusat Urusan Perhubungan ditu- tup sehingga 14 April susulan lanjutan PKP, ahli boleh log masuk atau berurusan menerusi aplikasi KWSP i-Akaun atau e-mel menerusi saluran yang ditetapkan.
Selain mematuhi PKP, orang ramai dinasihat terus menjaga kebersihan, jarakan sosial dan melakukan aktiviti berfaedah bersama keluarga di rumah. Namun harus diingat, mereka juga perlu berhati-hati dan menjaga jari-jemari agar tidak menyebarkan berita palsu yang akhir-nya boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.
Jika dilihat, hampir setiap hari Pasukan Respon Pan-tas Kementerian Komunika-si dan Multimedia (KKMM) akan mengeluarkan kenya-taan penafian berita tular dalam media sosial akibat sikap tidak bertanggung-jawab warga maya yang menulis atau berkongsi info tidak sahih.
Barangkali netizen bosan di rumah tetapi tindakan menularkan berita palsu boleh menyebabkan anda disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang membawa huku – man denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Justeru, fikirlah sebelum bertindak dan jangan kera-na ingin menjadi yang ter-awal berkongsi maklumat, diri sendiri yang terjerat. — Bernama