
LONDON: Kerajaan Britain hari ini mengesahkan wabak selesema burung H5N1 berpatogen tinggi dikesan pada ayam ternakan di sebuah lokasi di Exminster, sebuah perkampungan di barat daya England, lapor Xinhua.
Kerajaan memaklumkan zon perlindungan sejauh tiga kilometer (km) dan zon pemantauan 10 km telah diwujudkan di sekitar kawasan itu, manakala semua ayam di premis berkenaan akan ditakai secara berperikemanusiaan.
-Bernama