Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes remaja OKU dipukul di Sungai Asap selesai secara damai
  • JENAYAH

Kes remaja OKU dipukul di Sungai Asap selesai secara damai

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR hiasan.

BELAGA: Polis berjaya menyelesaikan satu kes melibatkan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang tular di media sosial selepas dipercayai dipukul sekumpulan remaja di kawasan Sungai Asap, Belaga.

Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Jimbai Bala, berkata kejadian itu dikesan menerusi rakaman video dan beberapa gambar yang dimuat naik ke Facebook melalui akaun bernama ‘Borneo’ pada 28 Jun lalu, sekitar 8.30 pagi.

“Hasil tindakan segera, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Belaga berjaya mengenal pasti lima suspek berusia antara 16 hingga 17 tahun pada 29 Jun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, hadir ke Pondok Polis Sungai Asap bersama bapa kandungnya sebelum bertemu dengan kelima-lima suspek dan keluarga mereka.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 10 Jun, berpunca daripada dakwaan bahawa mangsa pernah mengganggu sepupu salah seorang suspek.

Pertemuan antara kedua-dua keluarga membawa kepada penyelesaian secara damai dan satu laporan polis turut dibuat oleh bapa mangsa bagi mengesahkan bahawa isu tersebut telah diselesaikan dengan baik.

Dalam masa yang sama, bapa mangsa merayu agar orang ramai tidak lagi menyebarkan video dan gambar anaknya di media sosial.

“Polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bunuh penuntut Universiti Cyberjaya: Suspek utama keluarkan RM200 guna kad bank mangsa
Next: Polis tahan lima lelaki seludup rokok, minuman keras babit rampasan RM4,028,022.22 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.