Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kes remaja hamil luar nikah menurun
  • TEMPATAN

Kes remaja hamil luar nikah menurun

Utusan Sarawak 4 months ago
JAWAB SOALAN… Dato Sri Nancy Shukri ketika sidang media selepas pelancaran ‘Dawn Hope: A Safe Haven for Girls in Need’ di Kuching.

KUCHING: Kes remaja hamil luar nikah di Sarawak menurun sebanyak 113 kes kepada 364 kes pada tahun lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata pada 2023, Sarawak mencatatkan 477 kes.

Menurutnya, berdasarkan statistik, sebanyak 841 kes remaja hamil luar nikah direkodkan bagi tempoh 2023 hingga 2024.

“Tiga bahagian yang merekodkan kes tertinggi ialah Bahagian Miri iaitu sebanyak 204 kes, Bintulu (195) dan Kuching (133).

“Jumlah ini adalah daripada data yang direkodkan berdasarkan laporan yang diterima… ia tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas majlis pelancaran Rumah Singgah ‘Dawn Hope: A Safe Haven for Girls in Need’ di salah sebuah hotel, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya enam bahagian di Sarawak mencatatkan peningkatan jumlah kes iaitu Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Mukah dan Limbang.

Sementara itu, enam bahagian lain termasuk Bintulu, Miri, Sibu, Betong, Kapit dan Sarikei mencatatkan penurunan jumlah kes remaja hamil luar nikah.

Sehubungan itu, katanya penubuhan rumah singgah ‘Dawn Hope’ itu bertepatan dengan matlamat kerajaan dalam memberikan perlindungan kepada remaja hamil luar nikah.

Ketika berucap semasa majlis perasmian, Nancy turut mendedahkan Malaysia merekodkan 44,263 kes kehamilan remaja dalam tempoh lima tahun yang lepas.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 17,646 kes adalah melibatkan remaja yang belum berkahwin.

“Angka-angka ini bukan sekadar statistik, ia mewakili kehidupan, impian dan masa depan yang patut diberi perhatian oleh kita.

“Kementerian kita telah bekerjasama secara aktif dengan agensi persekutuan dan negeri, serta organisasi masyarakat sivil, untuk melaksanakan dasar dan program yang mengukuhkan pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif.

“Ini bukan sekadar tanggungjawab kerajaan—ia adalah usaha kolektif,” ujarnya.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peranan signifikan sediakan perlindungan, pemulihan
Next: Bencana: Abang Johari hargai bantuan semua pihak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.