Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes penipuan dalam talian meningkat di Sarawak
  • JENAYAH

Kes penipuan dalam talian meningkat di Sarawak

Utusan Sarawak 21 hours ago
SIDANG MEDIA… Dato Mancha Ata berucap ketika sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, di Pusat Media IPK Sarawak, hari ini.

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mengesan peningkatan membimbangkan jenayah penipuan dalam talian atau scammer di negeri ini, dengan jumlah kes dan nilai kerugian yang terus melonjak sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, sebanyak 2,256 kertas siasatan jenayah komersial telah dibuka dari 1 Januari hingga 30 Julai 2025, berbanding hanya 1,398 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan itu bersamaan 61.37 peratus. Ia melibatkan nilai kerugian rakyat yang tinggi apabila jumlah kerugian mangsa scammer setakat Julai tahun ini telah mencecah RM77.7 juta,” katanya pada sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, di Pusat Media IPK Sarawak, hari ini.

Katanya, jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak RM24.8 juta atau 46.88 peratus berbanding kerugian RM52.9 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.

DATO Mancha ATA memberi penerangan pada sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, di Pusat Media IPK Sarawak, hari ini.

“Sekiranya trend ini tidak disekat, kerugian keseluruhan dijangka melepasi RM100 juta menjelang hujung tahun. Penjenayah siber kini semakin bijak memperdayakan mangsa menerusi pelbagai taktik yang rumit dan licik.

“Antaranya termasuk penipuan jual beli dalam talian, pelaburan tidak wujud, pinjaman palsu, tawaran pekerjaan palsu dan panggilan penyamaran sebagai pegawai bank atau pihak berkuasa,” katanya.

Beliau menambah, dalam kebanyakan kes, suspek menyasarkan mangsa untuk memindahkan wang ke akaun pihak ketiga atau dikenali sebagai ‘keldai akaun’ yang disewa dengan bayaran tertentu. Akaun ini digunakan untuk mencuci hasil penipuan.

“Dalam usaha membanteras kegiatan ini, JSJK Sarawak telah memperhebatkan tindakan dengan melaksanakan tangkapan secara berterusan. Sehingga kini, seramai 867 suspek telah berjaya ditahan sepanjang tahun ini, dan 834 daripadanya telah dituduh di mahkamah.

“Kategori keldai akaun pula menyaksikan peningkatan mendadak apabila seramai 832 orang telah dituduh, berbanding 639 orang dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Katanya, sekiranya berlaku transaksi yang mencurigakan, orang ramai diminta segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 yang beroperasi 24 jam sehari.

“Pusat itu berperanan memberi bantuan awal kepada mangsa, termasuk membekukan akaun penerima wang serta mengarahkan siasatan lanjut dengan kerjasama pihak bank dan agensi penguat kuasa.

“Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, JSJK Sarawak turut mencatat beberapa kejayaan besar antaranya menumpaskan tiga sindiket panggilan penipuan atau ‘calling centre’ di sekitar Miri dan Sibu,” katanya.

Seramai 18 suspek ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424A dan 120B Kanun Keseksaan. Pihak polis juga berjaya menahan empat individu yang terlibat dalam penipuan jual beli emas palsu di Daerah Miri serta tujuh suspek yang menggunakan resit pembayaran palsu bagi menipu melalui kod QR di kawasan Padawan.

PDRM memberi jaminan akan terus memperhebatkan operasi dan memantau aktiviti penipuan dalam talian bagi memastikan keselamatan ekonomi rakyat Sarawak terus terpelihara.

Oleh Norman B

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Enforcement action taken against lorry for unsafe load
Next: Online love scam leaves senior woman in Kuching over RM1.2 Million in losses

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.