Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes pecah masuk kediaman cucu Dr Mahathir, polis teliti rakaman CCTV
  • JENAYAH

Kes pecah masuk kediaman cucu Dr Mahathir, polis teliti rakaman CCTV

Utusan Sarawak 23 hours ago

KUALA LUMPUR:  Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian kes pecah masuk kediaman cucu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang di sini Rabu lepas, yang mengakibatkan mangsa kerugian RM1.8 juta.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan ketika dihubungi Bernama memaklumkan pasukannya kini sedang giat menyiasat kes itu.

“Kita sedang siasat dan setakat semalam, masih belum dikenal pasti (suspek). Kita juga sedang meneliti kamera rakaman litar tertutup (cctv) di kediaman mangsa,” katanya.

Beliau semalam mengesahkan kepada media, sebuah kediaman milik cucu kepada bekas perdana menteri itu dipecah masuk mengakibatkan mangsa kehilangan barang kemas bernilai RM1.8 juta yang disimpan di dalam bilik di rumah berkenaan.

Difahamkan kejadian itu disedari oleh pembantu rumah pada 3.00 petang Rabu lepas selepas mendapati  pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan biliknya dimasuki pencuri.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bayi perempuan ditemui tidak bernyawa di longkang Kampung Luak
Next: Polis tahan lelaki lepaskan tembakan susulan salah faham alat pam air di Nanga Pelugau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.