Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kes Nur Farah Kartini: Pendakwaan selesai serah dokumen kepada pembelaan
  • MAHKAMAH

Kes Nur Farah Kartini: Pendakwaan selesai serah dokumen kepada pembelaan

Utusan Sarawak 16 hours ago

SHAH ALAM: Pihak pendakwaan hari ini menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan dalam kes seorang anggota polis yang didakwa membunuh lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tahun lepas.

Peguam Aida Jaafar Mad Ariff  yang mewakili tertuduh Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 27, berkata dokumen itu akan diteliti terlebih dahulu kerana turut membabitkan barangan kes ketika kejadian. 

“Mahkamah menetapkan 28 Oktober ini untuk sebutan semula kes. Pada tarikh itu pihak pembelaan akan memaklumkan sama ada mahu mengemukakan representasi atau tidak,” katanya selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nadia Othman hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman. 

Menurut pertuduhan, Muhammad Alif didakwa menyebabkan kematian Nur Farah Kartini, 26, di Ladang SKC, Kledang, Mukim Hulu Bernam antara 9.00 pagi, 10 Julai hingga 6.00 petang, 15 Julai 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai 2024, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Lima hari kemudian mayatnya ditemui polis di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang bertugas di Perak telah ditahan dan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Zara Qairina ditemukan dalam longkang, tidak sedarkan diri – Pengawal Keselamatan
Next: Inkues Zara Qairina: Telefon awam asrama ditutup 2 hari selepas kejadian – Saksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.