Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kes kemalangan maut di lampu isyarat Jalan Keruing, Kuching
  • KEMALANGAN

Kes kemalangan maut di lampu isyarat Jalan Keruing, Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
KES kemalangan maut di lampu isyarat Jalan Keruing, Kuching

KUCHING: Satu kemalangan jalan raya maut melibatkan sebuah lori jenis rigid dan sebuah motosikal berlaku sekitar jam 9.30 malam di lampu isyarat Jalan Keruing berhampiran Jalan Pelabuhan, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori yang bergerak dari arah Jalan Setia Raja menuju ke Demak Laut gagal mematuhi lampu isyarat merah sebelum melanggar sebuah motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia 24 tahun dari arah Jalan Merican Salleh ketika lampu isyarat hijau.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, inspektor Muhammad Amirul Azami Ahmad Rasol di talian 016-8593994 atau 082-259900, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa memandu dengan berhemah serta mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut rempuh lori di Jambatan Lutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.