Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kes kehamilan remaja Sarawak menurun
  • TEMPATAN

Kes kehamilan remaja Sarawak menurun

Utusan Sarawak 5 years ago
PERASMIAN… Dato’ Sri Fatimah Abdullah memukul gong sebagai tanda simbolik perasmian Malam Penghargaan Sayap Wanita Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Dewan DBNA, malam kelmarin.

KUCHING: Kes kehamilan remaja di Sarawak menurun sebanyak 42.16 peratus.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komunti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, trend kehamilan remaja dan perkahwinan bawah umur sudah mula menurun sejak 2014.

“Kes kehamilan remaja telah menurun sebanyak 42.16 peratus di antara 2014 yang mencatatkan 3,401 kes kepada 1,967 kes pada 2019.

“Peratusan kehamilan remaja berbanding jumlah kehamilan juga menurun sebanyak 2.87 peratus dalam tempoh yang sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Malam Penghargaan Sayap Wanita Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Dewan DBNA, malam kelmarin.

Tambahnya, trend yang menurun ini adalah disebabkan oleh pelbagai Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) dan intervensi bersepadu melalui tadbir urus seperti One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC).

“Perkahwinan di bawah umur 18 tahun sangat tidak digalakkan.
“Hal ini kerana ia boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada kesihatan, bayi, diri sendiri dan kebajikan.

“Ditambah pula, perkahwinan ini tidak akan bertahan lama,” ujarnya.

Mengulas mengenai majlis pada malam itu, Fatimah menghargai titik peluh sayap wanita DBNA untuk melibatkan wanita Bidayuh dalam pelbagai aktiviti bagi memperkasakan komuniti mereka.

Sementara itu, menurut Ketua Wanita DBNA Theresa Udam, objektif penganjuran majlis ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim wanita Bidayuh seluruh Sarawak.

“Dalam pada itu, fokus utama majlis makan malam itu adalah untuk memberikan kesedaran kepada para ibu mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak-anak mereka.

“Statistik penyalahgunaan dadah di kawasan Bau amat merunsingkan saya. Oleh itu, saya mahu setiap wanita bekerjasama dalam membendung masalah ini,” ujarnya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: SK Ba’kelalan laksana Projek Taman Botani
Next: SABERKAS bertahan, pentadbiran tersusun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.