Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kes kebakaran terbuka di Sarawak meningkat, Miri paling terjejas
  • KEBAKARAN

Kes kebakaran terbuka di Sarawak meningkat, Miri paling terjejas

Utusan Sarawak 4 hours ago
TREND kebakaran terbuka di Sarawak meningkat mendadak bermula 22 Mac lalu dengan kemuncak pada 25 Mac.

KUCHING: Kes kebakaran terbuka di Sarawak menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 15 Mac lalu hingga semalam, dengan kemuncak tertinggi direkodkan pada 25 Mac.

Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak menunjukkan jumlah panggilan harian pada awal tempoh berada pada paras rendah, iaitu kurang daripada 15 kes sehari.

Bermula 22 Mac, jumlah kes meningkat secara mendadak sebelum mencapai puncak 35 kes pada 25 Mac.

Selepas itu, jumlah kes menurun sedikit kepada 24 kes pada Khamis lalu dan 22 kes semalam, namun situasi masih berada pada tahap membimbangkan.

Dari segi taburan kes, Miri mencatat jumlah tertinggi dengan 60 kes, diikuti Sibu (35 kes), Bintulu (28 kes) dan Mukah (26 kes).

Kuching merekodkan 13 kes, Betong (10 kes), manakala Serian dan Sri Aman masing-masing lima kes. Samarahan dan Kapit mencatat empat kes, Sarikei tiga kes dan Limbang paling rendah dengan dua kes.

Operasi pemadaman kebakaran belukar masih diteruskan di beberapa kawasan, termasuk di Kuala Tatau yang telah memasuki hari keenam, selain di Sibu dan Daro.

Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran belukar Daro merebak cecah 10 hektar hari kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.