Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes dadah: 30 kes dibicarakan di Mahkamah Majistret Bau
  • JENAYAH

Kes dadah: 30 kes dibicarakan di Mahkamah Majistret Bau

Utusan Sarawak 4 hours ago
KES dadah: 30 kes dibicarakan di Mahkamah Majistret Bau. Gambar hiasan.

BAU: Mahkamah Majistret Bau telah bersidang pada 26 hingga 27 Mac bagi mendengar kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Ketua Polis Daerah Bau Supt Mohd Haide Bin A Rahman.

Beliau berkata sebanyak 30 kertas siasatan telah dituduh melibatkan 23 individu di bawah Seksyen 15(1)(a) akta berkenaan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman denda antara RM1,000 hingga RM3,500. Bagi yang gagal membayar denda, hukuman penjara antara enam hingga 11 bulan dikenakan, selain pengawasan selama dua tahun,” katanya.

Menurutnya, terdapat individu yang menghadapi sehingga tiga pertuduhan di bawah seksyen yang sama.

Sementara itu, tujuh individu mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) akta sama.

“Mereka dikenakan denda antara RM2,800 hingga RM4,100, dengan hukuman penjara lima hingga tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda,” katanya.

Beliau berkata sidang litar mahkamah bagi bulan ini diadakan pada minggu keempat untuk mendengar kes berkaitan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Bin Suriani di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Gudang ‘sorok’ diesel kantoi, 800 liter dirampas
Next: 16,000 liter diesel diseleweng dirampas di Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.