Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes curi perahu dan enjin bot selesai, suspek ditahan polis
  • JENAYAH

Kes curi perahu dan enjin bot selesai, suspek ditahan polis

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUSPEK ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan lanjut. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Kes kecurian perahu dan enjin bot yang dilaporkan pada Disember lalu menemui titik penyelesaian apabila suspek berjaya ditahan polis pada 12 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata suspek merupakan seorang lelaki tempatan yang ditahan sekitar 6.25 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong hasil maklumat orang awam.

Katanya, tangkapan tersebut dibuat di sebuah kampung di kawasan Bintangor berhubung kes kecurian perahu dan enjin bot jenis Yamaha 9.9 HP yang dilaporkan hilang pada 6 Disember 2025 bersabit laporan polis Bintangor Rpt: 2340/2025.

Susulan penahanan tersebut, suspek telah ditahan reman sehingga 16 Februari (esok) bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut telah dijalankan pada 3.00 petang semalam dan suspek telah membawa serta menunjukkan kepada pihak polis tempat perahu dan enjin jenis Yamaha 9.9 HP yang dicurinya.

 ANTARA barang kes yang dirampas oleh pihak polis. Foto IPD Meradong

“Antara barang kes dirampas semula ialah enjin bot jenis Yamaha 9.9 Hp dan perahu.

“Rampasan kemudian dibawa balik ke IPD Meradong untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, hasil saringan urin yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum dengan penjara boleh sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tegasnya, pihak polis khususnya IPD Meradong, menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah serta menggesa masyarakat supaya terus bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah.

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi membantu pihak kami memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara di kawasan Meradong dan sekitarnya,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Empat individu ditahan kes dadah di Lawas
Next: Warga emas rugi RM549,448 terperdaya pinjaman tidak wujud di Facebook

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.