Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kes Covid-19 di Colombia melebihi 400,000
  • GLOBAL

Kes Covid-19 di Colombia melebihi 400,000

Utusan Sarawak 5 years ago

FILE PHOTO: People wearing face masks walk down a street during the government-mandated quarantine to lower the rates of contagion from the coronavirus disease (COVID-19) outbreak, in Bogota, Colombia July 27, 2020. REUTERS/Luisa Gonzalez

MENINGKAT… Orang ramai dilihat sedang memakai pelitup muka semasa berjalan di tempat awam ketika kerajaan melonggarkan sekatan berikutan peningkatan kes di Bogota, Colombia, baru-baru ini.

BEIJING: Maklumat terkini usaha global memerangi pandemik Covid-19,  menyaksikan jumlah kes di Colombia sudah mencecah 410,453 dengan 13,475 kematian dilaporkan, kata Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam tempoh 24 jam lalu, 12,830 kes baharu didaftarkan, pertambahan harian tertinggi sejak kes pertama dikesan di negara ini pada awal Mac.

Di Beijing, tanah besar China melaporkan 16 kes import baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,216, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Rabu.

Enam dilaporkan di wilayah Guangdong, empat di Shanghai dan masing-masing satu di Wilayah Autonomi Mongolia, wilayah Zhejiang, Fujian, Shandong, Sichuan dan Shaanxi. 

Di Los Angeles angka korban di bandar ini melebihi 5,000 pada Selasa, kata pegawai kesihatan awam tempatan.

Jabatan Kesihatan Awam Daerah Los Angeles melaporkan 63 kematian dan 1,440 kes baharu, Sementara itu, di California 5,057 kematian dicatatkan dan 211,808 kes positif.

Di Victoria, Australia merekodkan 21 kematian dan 410 jangkitan baharu pada Rabu.

Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews, berkata semua yang meninggal dunia itu berusia 70-an atau lebih, 16 daripada kematian berkaitan dengan pusat jagaan warga emas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pertempuran bersenjata di Mogadishu ragut 11 nyawa
Next: BANJIR RAGUT 172 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.