Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kes cerai Kamal Adli, Uqasha Senrose: Proses pendamaian temui jalan buntu
  • MAHKAMAH

Kes cerai Kamal Adli, Uqasha Senrose: Proses pendamaian temui jalan buntu

Utusan Sarawak 14 hours ago
PASANGAN selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

KUALA LUMPUR: Usaha Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, berakhir tanpa kata sepakat apabila laporan rasmi mengesahkan kedua-duanya gagal didamaikan.

Pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi, mahkamah menasihatkan Kamal supaya melafazkan satu talak. Namun, pelakon itu memilih untuk tidak berbuat demikian.

Peguam syarie yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, memaklumkan bahawa disebabkan Kamal masih berhasrat mempertahankan perkahwinan mereka, mahkamah bersetuju membawa kes tersebut ke peringkat prosiding hakam di bawah Seksyen 48. Prosiding itu dijadualkan berlangsung pada 12 Januari depan.

“Laporan akhir JKP jelas menunjukkan usaha perdamaian gagal. Mahkamah juga telah menasihatkan defendan untuk melafazkan satu talak, namun beliau enggan,” katanya kepada media.

Menurut Syazmee, keengganan defendan untuk melepaskan perkahwinan secara baik menyebabkan mahkamah tiada pilihan selain meneruskan kes ke peringkat seterusnya. Mahkamah turut mengambil kira unsur shiqaq atau konflik serius dalam rumah tangga pasangan berkenaan.

“Laporan JKP mendapati wujud isu kekasaran rumah tangga, termasuk pergaduhan, masalah nafkah serta elemen kekerasan. Laporan tersebut sangat terperinci dan menjadi asas untuk kes ini dibawa ke prosiding hakam,” jelasnya.

Dalam masa sama, Syazmee memaklumkan pihak defendan turut cuba menangguhkan kes dengan mendakwa anak guamnya berada dalam keadaan tidak stabil atau tidak cergas untuk meneruskan prosiding. Bagaimanapun, dakwaan tersebut disifatkan sebagai tidak berasas kerana tiada bukti dikemukakan kepada mahkamah.

“Kami membantah hujah tersebut dan menegaskan kes perlu diteruskan. Mahkamah bersetuju kerana pihak defendan gagal mengemukakan sebarang bukti sokongan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Lelaki miliki dadah dipenjara tiga tahun, tiga sebatan di Lawas
Next: Zara Qairina: Pendengaran kes hina mahkamah Shafie Apdal ditetapkan 3 Februari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.