Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kes bunuh Nurul Asikin dipindah ke Mahkamah Tinggi Kuching
  • MAHKAMAH

Kes bunuh Nurul Asikin dipindah ke Mahkamah Tinggi Kuching

Utusan Sarawak 4 days ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan perbicaraan kes pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuching.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei untuk memindahkan kes Zakwan Mokhtar, 23, yang didakwa mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya itu memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat ke atas mayat Nurul Asikin, 28, termasuk pengekstrakan kandungan mesej di aplikasi WhatsApp. 

Mengikut pertuduhan, Zakwan didakwa membunuh Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai ‘Amoi’, dengan mayatnya ditemukan dalam keadaan reput di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan di sini pada 9.10 malam, 14 Disember tahun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan boleh disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata suspek mengaku melakukan pembunuhan itu kerana terdesak memerlukan wang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

-Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Permohonan komital terhadap Ahmad Terrirudin pramatang, rayuan Najib masih berjalan- AGC
Next: Saman Fitnah: Keputusan taksiran ganti rugi Rosmah terhadap pemilik akuan TikTok 8 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.