Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis jumpa telefon pintar
  • JENAYAH

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis jumpa telefon pintar

Utusan Sarawak 10 months ago
UNIT Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menemukan telefon pintar dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang. FotoBERNAMA
 

HULU SELANGOR: Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menemukan telefon pintar dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di sebuah parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pihak polis menemukan telefon pintar itu pada 12.21 tengah hari selepas menjalankan operasi kira-kira sejam.

Terdahulu, pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kejadian kira-kira 9.50 pagi untuk memulakan proses mengenal pasti beberapa bahan bukti.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dibantu oleh Bomba Sukarelawan Felda Gedangsa dilihat mengepam sedikit air parit terbabit sebelum Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik PDRM memulakan pencarian dalam air.

Suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu turut kembali dibawa ke lokasi kejadian hari ini bagi menunjukkan kawasan di sekitar parit itu selama kira-kira lima minit.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang kira-kira 6.00 petang, kelmarin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak kini direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Insiden keropok beracun: Adik pula meninggal dunia
Next: Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan – Polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.