Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
  • NASIONAL

Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat

Utusan Sarawak 5 months ago

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM: Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa bayi berkenaan hari ini dan kes diklasifikasikan di bawah kertas inkuiri polis bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah. 

“Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sedang menjalankan siasatan secara mendalam untuk menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dalam isu ini serta menangani perkara ini dengan sebaik mungkin,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau juga berkata dakwaan yang tidak disahkan berpotensi menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sekali gus menyeru masyarakat agar tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat yang mampu menimbulkan kegusaran awam. 

“Semua pihak diharap bersabar bagi menunggu hasil siasatan yang sebenar,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial kisah jenazah bayi lelaki itu yang didakwa ditahan dan disimpan dalam peti sejuk mayat selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.   — BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Batik Air lancar penerbangan harian Kuala Lumpur – Alor Setar
Next: Kadar pencen pesara di bawah SSPA dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat – KSN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.