
BANGKOK: Thailand melaporkan 12,543 kes baharu COVID-19 minggu lepas dengan penurunan daripada 14,349 kes minggu sebelumnya.
Oleh itu, pihak berkuasa terus menggesa orang ramai, khususnya kumpulan berisiko tinggi, agar terus berwaspada memandangkan virusitu kini diklasifikasikan sebagai endemik.
Timbalan Jurucakap Pejabat Perdana Menteri SasikarnWattanachan semalam berkata situasi COVID-19 di Thailand terus bertambah baik, menurut data Kementerian Kesihatan Awam.
Akhbar tempatan Thailand, The Nation melaporkan padaAhad bahawa dari 1 Jan hingga 8 Mei tahun ini, sejumlah 41,197 kes kumulatif dan 15 kematian dicatatkan, iaitu penurunan ketara berbanding tempoh sama pada2024 yang merekodkan lebih 700,000 jangkitan.
Sasikarn menjelaskan bahawa COVID-19 kini telah beralih kepada status penyakit endemik, bermakna jangkitan boleh berlaku sepanjangtahun, khususnya pada musim hujan dan sesi persekolahan apabila orang ramai lebih cenderung berkumpul.
Beliau menggesa orang ramai supaya terus mematuhilangkah-langkah kesihatan dan keselamatan.
Sementara itu, akhbar Bangkok Post melaporkan pada Sabtu lepas Menteri Kesihatan Awam Somsak Thepsutin menasihatkan orang ramai agar tidak panik berhubung kebimbangan mengenai peningkatan semula kes COVID-19 di Thailand, sambil menegaskan bahawa penyakit itu kini telah diklasifikasikan sebagaiendemik.
Walaupun bilangan kes masih ketara, Somsak berkata kebanyakan jangkitan hanya menyebabkan gejala ringan.
Beliau mengaitkan kadar jangkitan dengan faktor musim danperhimpunan berskala besar.
“Walaupun mudah merebak, tahap keterukannya telah berkurang. Tidak perlu panik, namun semua pihak mesti kekal berwaspada dan terus mematuhi langkah kesihatan awam seperti memakai pelitup muka,”katanya.
-Bernama