Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kerugian RM2.3 juta direkodkan libat pelbagai jenis penipuan
  • JENAYAH

Kerugian RM2.3 juta direkodkan libat pelbagai jenis penipuan

Utusan Sarawak 2 years ago
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah

KUCHING: Polis Kontinjen Sarawak mendedahkan kerugian sebanyak RM2.3 juta melibatkan pelbagai jenis penipuan yang dilaporkan di Kuching antara tempoh Januari hingga 6 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kerugian turut mengakibatkan pihak polis membuka 32 kertas siasatan berkaitan pelbagai jenis kes penipuan.

“Kes penipuan telefon melibatkan mangsa berusia antara 19 hingga 70 tahun.

“Setakat tahun ini, 18 kes didakwa di mahkamah,” katanya.

Ahsmon berkata mangsa termasuk semua lapisan masyarakat daripada suri rumah sehinggalah pelajar dan kedua-dua perkhidmatan awam dan swasta.

Modus operandi yang paling biasa katanya ialah penipu yang berpura-pura daripada agensi penguatkuasaan berbeza yang mendakwa mangsa terjerat dalam kes jenayah dan meminta mereka memindahkan wang simpanan mereka ke akaun lain.

Justeru, orang ramai dinasihatkan menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Nasional di talian 997 dengan segera sekiranya terdapat cubaan yang mencurigakan berlaku.

Ahsmon turut menegaskan orang ramai supaya tidak mengendahkan panggilan daripada orang yang tidak dikenali dengan memberikan maklumat perbankan peribadi mereka.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki diberkas disyaki salah guna dadah
Next: Pesara rugi RM1.2 juta, mangsa terbaharu ‘phone scam’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.