Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kertas siasatan kes pelakon terlibat amang seksual dihantar ke TPR
  • JENAYAH

Kertas siasatan kes pelakon terlibat amang seksual dihantar ke TPR

Utusan Sarawak 21 hours ago
GAMBAR hiasan.

SHAH ALAM: Kertas siasatan berhubung kes seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya kini menunggu maklum balas daripada pihak TPR sebelum tindakan perundangan selanjutnya diambil.

“Kertas siasatan lengkap telah dihantar dan kita tunggu untuk tindakan lanjut bagi kes yang disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati mangsa dan suspek pernah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini dalam acara atau konsert selebriti tersebut. 

“Kami percaya mangsa memang peminat kepada selebriti itu. Mereka saling mengenali hasil perjumpaan di beberapa venue.

Hussein berkata perbuatan amang seksual itu terbongkar selepas laporan polis dibuat ibu remaja perempuan terbabit. 

Pada 4 Jun lepas, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di negeri ini. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PDRM siasat kemungkinan tiga rakyat Malaysia termasuk penyanyi rap jadi keldai dadah
Next: Syabu RM224,000 dirampas, polis tumpas ‘Transporter’ sindiket dadah ke Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.