Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kertas siasatan kes amang seksual pelakon, penyanyi terkenal diserah kepada TPR
  • JENAYAH

Kertas siasatan kes amang seksual pelakon, penyanyi terkenal diserah kepada TPR

Utusan Sarawak 2 days ago
Foto hiasan

KUALA LUMPUR:   Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes pelakon dan penyanyi terkenal yang disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya sedang menunggu arahan pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada TPR pagi tadi dan masih dalam tindakan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan Selasa lepas bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual melibatkan seorang remaja wanita berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Pelakon dan penyanyi berkenaan yang ditahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagaimanapun dibebaskan pada hari sama dengan jaminan polis.

Suspek dilaporkan pernah beberapa kali bertemu mangsa di sebuah kafe tempat remaja itu bekerja sebelum kejadian itu berlaku.– Bernama

Continue Reading

Previous: Dua ‘Datuk’ ditahan bantu siasatan kes tawar pakej haji percuma
Next: 12 year old reported missing in Padawan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.