Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Keropok ikan rezeki musim perayaan di Oya
  • STAIL

Keropok ikan rezeki musim perayaan di Oya

Utusan Sarawak 4 years ago
BERBALOI…Mazura Morni (3 kiri) merakamkan gambar dengan para pekerja yang membantu memproses keropok di Kampung Oya.

PENGUSAHA indusri kotej  produk makanan  tempatan sering sibuk menjelang musim perayaan  saban tahun.


Walaupun tahun ini perayaan Tahun Baru Cina tidak dibenarkan untuk mengadakan rumah terbuka dan  kemungkinan Hari Raya Aidilfitri juga sedemikian, namun permintaan terhadap  telah mendapat tempat di kalangan penduduk untuk sekian lama.


Dan sekarang musim Bulan Ramadan, ia adalah antara item popular yang diselitkan dalam menu buka puasa termasuk makanan santai-santai waktu malam.

Selain dimakan begitu sahaja, adalah juga memilihnya untuk dicecahkan dengan acar yang dikatakan penambah ‘ummph’ terhadap keropok itu sendiri.

Bagi penduduk Non Muslim pula makanan ringan ini tetap dekat dihati samaada untuk sarapan pagi atau minumanpetang, termasuk sebagai senaman mulut waktu menonton TV dan sebagainya.

Pengeluar keropok makanan laut di Daerah Kecil Oya  adalah antara yang telah melipatgandakan usaha untuk memenuhi pemintaan yang tinggi.

Berlokasi di Kampung Oya berdepan dengan Masjid At Taqwa, ia sering menjadi tumpuan pelawat  ke sana terutama yang ingin merasakan keenakan keropok tempatan yang mempunyai rasa yang tersendiri.

Menurut anak pengusaha, Marzura Morni, produk mereka sentiasa mendapat sambutan diluar dugaan pada musim perayaan.

“Samaada Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas dan sebagainya. Keropok kita ini bukan hanya mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, dan malah juga mendapat pelanggan dari luar negara seperti Singapura dan Brunei Darussalam,” ujarnya ketika di temui Utusan Sarawak.

Selain itu, katanya, mereka  pernah didatangi  pelancong dari Negara Cina yang membeli produk berasaskan laut itu sebagai buah tangan dari Daerah Kecil Oya ini.

“Semua keropok yang sudah dibungkuskan telah habis dijual pada pagi ini, tapi kita juga menjual secara timbangan.  Dan kita percaya dalam beberapa hari ini hingga Krismas dan Tahun Cina, akan mendapat permintaan yang berlipat ganda dibanding dengan penjualan hari biasa,” tambahnya lagi.

Antara keropok keluaran mereka ialah Keropok Ikan Terubok, Keropok Ikan Tenggiri,  Keropok Ikan Parang, Keropok Udang, Keropok Sotong, dan campuran serpihan.

“Harga satu kilogram ialah RM27, RM13.50 setengah kg,  RM5 bagi 190 gram dan RM10  baggi 380 gram bagi semua jenis. Sementara jenis serpihan atau puruh RM15 Kg, setengah kg RM7.50 dan RM5 untuk 340 gram,” katanya lagi.

Selain daripada Mazura, juga kelihatan beberapa orang pekerja membantu mereka untuk memperoseskan keropok berkenaan, termasuk ibunya, Sanah@Kesuma Usop.

Adalah difahamkan bahawa pengeluarannya cukup lancar pada pertengahan tahun, akan tetapi  boleh terjejas musim tengkujuh kerana ia boleh membantutkan proses penjemuran yang sememangnya memerlukan sinaran matahari.

Keropok ini mempunyai pelbagai bentuk dan saiz, ada yang membujur memanjang dan ada juga yang kecil mengikut selera pembuatnya, Jika di Oya makanan ringan ini  diperbuat daripada hasil laut, namun di tempat lain aga juga membuatnya daripada  tumbuhan seperti ubi kayu dan sebagainya, termasuk bawang.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Jambangan bunga coklat penyeri suasana
Next: Sijun sabar menunggu tuaian gaharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.