Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama Petronas, Petros sumbang peningkatan industri minyak dan gas negara
  • Utara
  • WILAYAH

Kerjasama Petronas, Petros sumbang peningkatan industri minyak dan gas negara

Utusan Sarawak 7 hours ago
KERJASAMA... Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan diiringi Dato Henry Sum Agong dan Datuk Paulus Palu Gumbang bersama kenamaan Petronas Carigali Sarawak dalam Program Petronas Memacu Kehidupan Krismas and Memperkasakan Ilmu Kembali Ke Sekolah 2025 di sebuah hotel terkemuka di Lawas semalam.

LAWAS: Syarikat Petroleum Nasional Berhad (Petronas) adalah penyumbang besar kepada pembangunan negara dalam banyak aspek yang melibatkan kehidupan rakyat.

Kerjasama antara Petronas dan Syarikat Petroleum Sarawak Berhad (Petros) diharap akan terus memperkasa pembangunan negara khususnya di Sarawak secara menyeluruh.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu kerjasama kedua syarikat petroleum ini diharap mampu menjana ekonomi negara dan negeri dengan lebih baik.

“Petronas adalah sebuah syarikat yang besar yang menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat Malaysia menyumbang kepada pembangunan negara.

SAMBUTAN HORMAT… Ketibaan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan disambut meriah hadirin dan warga Petronas Carigali yang hadir.

“Kita mengharapkan dengan penubuhan Petros di Sarawak, kerjasama yang erat antara Petronas dan Petros akan dapat menyumbang ke arah usaha mempertingkatkan lagi aktiviti serta pembangunan dalam sektor minyak dan gas, terutama sekali di Sarawak,” katanya pada Program Petronas Memacu Kehidupan Krismas dan Memperkasakan Ilmu Kembali Ke Sekolah 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Awang Tengah tidak menafikan sumbangan besar Petronas dalam program pembangunan masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan.

Petronas turut diakui berjaya melahirkan ramai tenaga kerja mahir dan profesional di Sarawak termasuk dalam bidang keusahawanan untuk sektor minyak dan gas.

Pada masa yang sama Petros juga akan terus bekerjasama rapat dengan Petronas dalam industri minyak dan gas untuk memastikan pembangunan negara terus terjamin.

Melalui inisiatif ini, seramai 350 penerima daripada 34 kampung sekitar Lawas menerima sumbangan bakul makanan, manakala 325 pelajar daripada lima sekolah menerima bantuan keperluan sekolah.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau Datuk Paulus Palu Gumbang, Pengurus Besar Petronas Carigali Sdn. Bhd, Aset Sarawak Chin Wee Yang, Pengurus Besar Petronas Sarawak Norazibah Md Rabu, Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Pengeluaran dan Operasi, Malaysia Petroleum Management M Abshar M Nor dan kenamaan tempatan lainnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Paip air pecah akibat kerja pembinaan Projek KUTS di Taman Stutong Indah
Next: Masalah takungan air timbulkan kebimbangan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.