Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerjasama perkhidmatan awam Sabah, Sarawak diperkukuh melalui MTPMA63
  • TEMPATAN

Kerjasama perkhidmatan awam Sabah, Sarawak diperkukuh melalui MTPMA63

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak di bawah MTPMA63 di Kuching, hari ini. Foto Ukas

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan dalam bidang perkhidmatan awam, sejajar dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, berkata penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2026 mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua pihak.

Beliau menegaskan mesyuarat itu signifikan bagi memastikan isu berkaitan struktur perkhidmatan, perjawatan, pembangunan modal insan dan kebajikan penjawat awam diteliti secara adil dan inklusif.

“Kerajaan Sarawak amat menghargai usaha berterusan Kerajaan Persekutuan, khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam, dalam menyelaras hal ehwal perkhidmatan awam di Sarawak dan Sabah.

“Kerajaan negeri sentiasa komited memberikan kerjasama penuh bagi memastikan setiap keputusan memberi manfaat jangka panjang, bukan sahaja kepada perkhidmatan awam, tetapi juga kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya.

DATUK Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ketika menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak di bawah MTPMA63 di Kuching, hari ini. Foto Ukas

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Sarawak di bawah MTPMA63 di sini, hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, serta delegasi dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan kerajaan negeri Sabah yang hadir.

Tambah beliau, jamuan makan malam itu menjadi platform untuk memperkukuh silaturahim dan jaringan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak.

Beliau yakin mesyuarat tersebut mampu mencapai keputusan menyeluruh dan inklusif, serta memberi impak berpanjangan dalam usaha memperkasa tadbir urus dan mewujudkan sistem perkhidmatan awam yang mampan di Sabah dan Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Mohd Bakri Ismail; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Aidah Awang; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel; Penasihat di Pejabat Premier Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, serta tetamu kehormat lain.- Ukas

Continue Reading

Previous: Isu buli meningkat, Sarawak tubuh jawatankuasa khas peringkat negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.