Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama pelbagai agensi atasi isu banjir kilat di Pekan Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerjasama pelbagai agensi atasi isu banjir kilat di Pekan Saratok

Utusan Sarawak 6 hours ago
SATU lawatan dan siasatan tapak telah dijalankan di sekitar Pasar Pekan Saratok bagi mengenalpasti punca isu banjir kilat yang sering melanda kawasan Pekan Saratok, terutama ketika taburan hujan lebat. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, menegaskan komitmen tinggi pihaknya dalam menangani isu banjir kilat yang kerap melanda kawasan Pekan Saratok, terutamanya ketika taburan hujan lebat.

Bagi memastikan tindakan segera diambil, satu lawatan dan siasatan tapak telah dijalankan di sekitar Pasar Pekan Saratok bagi mengenal pasti punca utama kejadian tersebut.

Tinjauan tersebut diwakili oleh Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi, yang mewakili ADUN Kalaka, bersama Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid.

Turut serta dalam misi tersebut adalah wakil daripada Majlis Daerah Saratok (MDS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong, Ahli-Ahli Majlis MDS dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

“Melalui lawatan dan siasatan tapak tersebut, beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai penyebab berlakunya banjir kilat.

“Susulan itu, pihak JPS dan MDS telah mencadangkan beberapa skop kerja jangka masa segera bagi mengatasi masalah ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Mohamad Duri memaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan terlibat kini telah siap sepenuhnya.

Projek tersebut dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik di bawah dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) seliaan JPS Bahagian Betong.

Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi serta KMKK yang menunjukkan dedikasi tinggi sepanjang proses siasatan dijalankan.

“Terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat kerana sanggup turun padang selama dua hari berturut-turut untuk meninjau dan memberikan cadangan bernas.

“Kerjasama antara Pejabat Daerah, JPS, dan MDS adalah kunci utama dalam menyelesaikan isu ini demi kesejahteraan penduduk Pekan Saratok,” tambah beliau.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kaunselor Gerald Goh turun padang tangani isu komuniti di Jalan Ketitir
Next: Wilfred Yap serah geran RM20,000 kepada PIBG SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.