Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerjasama MUTS-SIRIM perkukuh kualiti, tangani isu vandalisme
  • SEMASA

Kerjasama MUTS-SIRIM perkukuh kualiti, tangani isu vandalisme

Utusan Sarawak 8 hours ago
SAKSIKAN… Dato Sri Julaihi menyaksikan pertukaran MoU antara MUTS dan SIRIM Berhad untuk kerjasama dalam aspek keselamatan, kualiti dan prestasi peralatan elektrik serta gas di Sarawak. Foto UKAS

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUTS) terus memperkukuh komitmen dalam memastikan mutu serta keselamatan perkhidmatan utiliti di negeri ini dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama SIRIM Berhad di sini, semalam.

Perjanjian itu membuka ruang kepada kerjasama strategik dalam aspek keselamatan, kualiti dan prestasi peralatan elektrik serta gas di Sarawak sekali gus menyokong usaha kementerian dalam menangani isu vandalisme terhadap aset-aset utiliti yang semakin membimbangkan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata kerjasama berkenaan amat penting bagi memastikan piawaian tinggi dipatuhi dalam setiap aspek pembangunan dan penyelenggaraan aset utiliti negeri.

Beliau menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes vandalisme yang bukan sahaja menjejaskan perkhidmatan, malah menimbulkan salah faham dan persepsi negatif masyarakat terhadap agensi bertanggungjawab.

“Perbuatan seperti ini bukan sahaja membebankan kerajaan dari segi kos pembaikan, malah menjejaskan imej agensi dan keselesaan rakyat. Kita berharap masyarakat lebih peka dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan,” tegasnya semasa berucap sempena sambutan Hari Integriti MUTS 2025, di sini hari ini.

Jelasnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu sering membuatkan pengguna menuding jari kepada agensi seperti Sarawak Energy Berhad (SEB), sedangkan punca sebenar adalah perbuatan vandalisme oleh individu tidak bertanggungjawab.

AMANAT… Dato Sri Julaihi Narawi berucap pada sambutan Hari Integriti MUTS 2025, di sini, hari ini. Foto Norman B

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa tadbir urus yang baik perlu menjadi amalan utama di setiap peringkat pentadbiran kerajaan bagi memastikan kepercayaan rakyat terus kukuh.

Menurut beliau, prinsip ketelusan, integriti, keadilan dan profesionalisme bukan sekadar slogan semata-mata, sebaliknya mesti diterapkan dalam setiap dasar serta tindakan harian penjawat awam.

“Tadbir urus yang cemerlang menuntut keberanian untuk melakukan pembaharuan dengan memperkemas prosedur serta menolak sebarang bentuk penyelewengan yang boleh menjejaskan maruah perkhidmatan awam,” ujarnya.

Beliau turut menambah bahawa kolaborasi bersama SIRIM itu sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkukuh budaya kerja berintegriti dan berprestasi tinggi, demi manfaat rakyat dan kemajuan Sarawak secara keseluruhannya.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak rasmikan majlis graduasi Swinburne Sarawak 2025
Next: Sarawak, Catalonia bincang kerjasama pembangunan sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.