Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerjasama mantap antara agensi penentu kecekapan pengurusan bencana di Sarawak
  • TEMPATAN

Kerjasama mantap antara agensi penentu kecekapan pengurusan bencana di Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
Datuk Mohammad Razi Sitam berucap merasmikan Program Latihan dan Simulasi Pengurusan Bencana PPS Peringkat Sarawak 2025 di Dewan Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu hari ini.

BINTULU: Persediaan awal yang tersusun serta kerjasama mantap antara agensi keselamatan dan kebajikan menjadi asas penting dalam memastikan pengurusan bencana di Sarawak dilaksanakan secara pantas dan berkesan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, sifat geografi Sarawak yang luas dan berbeza-beza menjadikan negeri ini lebih terdedah kepada ancaman banjir, tanah runtuh, kebakaran, ribut dan pelbagai kejadian luar jangka.

Datuk Mohammad Razi Sitam melakukan simbolik pelancaran Program Latihan dan Simulasi Pengurusan Bencana PPS Peringkat Sarawak 2025 di Dewan Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu hari ini.

Oleh itu, katanya, pengukuhan koordinasi dan latihan berterusan amat diperlukan bagi memastikan setiap agensi memainkan peranan tepat ketika bencana berlaku.

“Dalam konteks ini, persediaan awal dan koordinasi antara agensi adalah kunci utama dalam memastikan nyawa dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“Program simulasi hari ini bukan sekadar latihan teknikal, tetapi juga satu platform strategik untuk menilai tahap kesiapsiagaan sebenar serta keberkesanan pelan tindakan bencana yang dilaksanakan di setiap peringkat.

“Ia menguji keupayaan kita dari aspek komunikasi, penyelarasan operasi, pengurusan sumber, serta kecekapan memberi respons pantas apabila bencana berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Latihan dan Simulasi Pengurusan Bencana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Peringkat Sarawak 2025 di Dewan Balai Raya Kampung Jepak, di sini, hari ini.

Datuk Mohammad Razi Sitam dan ADUN Jepak, Iskandar Turkee meninjau keadaan ruang penempatan sementara sambil berinteraksi dengan peserta simulasi semasa Program Latihan dan Simulasi Pengurusan Bencana PPS Peringkat Sarawak 2025 di Dewan Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu hari ini.

Program berkenaan menghimpunkan pelbagai agensi utama termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan (KKM) serta Pejabat Residen Bintulu.

Ujar Razi lagi, pendekatan bersepadu dan latihan secara berkala sangat penting untuk memastikan Sarawak berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi, selain memastikan setiap agensi memahami prosedur dan peranan masing-masing dalam menghadapi situasi kritikal.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee dan Pengarah JKM Sarawak, Semawi Mohamad dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu, Zanalia Natasha Raduan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kapit menuju bandar moden melalui pembangunan berimpak tinggi – Premier Sarawak
Next: Masyarakat diingat sentiasa peka terhadap amaran cuaca, keselamatan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.