Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kerjasama Malaysia-WHO perkukuh kesiapsiagaan hadapi ancaman penyakit berjangkit
  • KESIHATAN

Kerjasama Malaysia-WHO perkukuh kesiapsiagaan hadapi ancaman penyakit berjangkit

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO).

KUALA LUMPUR: Kerjasama teguh antara Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memperkukuh kesiapsiagaan serta sistem amaran awal negara terhadap sebarang ancaman penyakit berjangkit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu sedang giat diterjemahkan melalui rundingan penting di peringkat global, termasuk mekanisme Akses Patogen dan Perkongsian Manfaat (PABS) di bawah Kumpulan Kerja Antara Kerajaan (IGWG), pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta Perjanjian Pandemik.

“Fokus kami di peringkat Kerajaan MADANI sentiasa terarah kepada kelangsungan hidup rakyat. Kerjasama teguh bersama WHO ini bertujuan untuk memperkukuh sistem amaran awal dan daya tahan sistem kesihatan kita terhadap sebarang ancaman penyakit berjangkit.

“Dengan keupayaan mengesan dan bertindak balas dengan lebih pantas terhadap krisis, kami dapat meminimumkan gangguan kepada urusan ekonomi dan aktiviti sosial rakyat pada masa hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dzulkefly memaklumkan hari ini beliau mengiringi Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus bagi satu sesi kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pertemuan strategik itu adalah satu lagi manifestasi jelas betapa eratnya diplomasi kesihatan global antara Malaysia dan WHO.

Dzulkefly berkata, dalam pertemuan itu, Dr Tedros menzahirkan penghargaan ikhlas beliau terhadap komitmen dan penglibatan aktif Malaysia dalam menangani isu-isu kesihatan antarabangsa yang berteraskan prinsip solidariti.

“Penglibatan aktif Malaysia di persada antarabangsa ini adalah isyarat jelas suara rakyat Malaysia dan kepentingan kesihatan kita sentiasa diberi keutamaan dan perhatian di meja rundingan global. 

“Malaysia akan terus komited memastikan sistem kesihatan negara kekal inklusif, berada pada tahap tertinggi dan sentiasa bersiap sedia mendepani apa jua cabaran kesihatan dunia demi kesejahteraan rakyat,” katanya. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Malaysia akan manfaatkan bidang genomik untuk perkukuh sistem penjagaan kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.