Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama ketua kampung, JKKK pemangkin pembangunan kampung
  • Utara
  • WILAYAH

Kerjasama ketua kampung, JKKK pemangkin pembangunan kampung

Utusan Sarawak 10 hours ago
UNTUK ALBUM… Datuk Rosey Yunus merakam kenangan bersama penduduk pada Program Ziarah Ramadan dan Sungkei di Surau Jannatun Naim, Kampung Rambai, Bekenu semalam. 

MIRI: Kerjasama erat antara ketua kampung, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta penduduk setempat menjadi kunci utama kepada kelancaran pelaksanaan pembangunan di peringkat kampung.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan hasil usaha bersama ketua kampung, JKKK serta sokongan padu penduduk yang sentiasa bekerjasama dalam suasana harmoni.

Menurut beliau, perpaduan dalam kalangan masyarakat membolehkan ketua kampung memberi tumpuan kepada usaha membawa lebih banyak projek pembangunan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

“Kerjasama yang baik juga memudahkan usaha mendapatkan bantuan serta projek pembangunan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan termasuk pembinaan jalan raya, jalan kampung, naik taraf tebingan Sungai Bekenu serta kemudahan asas lain,” katanya.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian ketika berucap pada Program Ziarah Ramadan dan Sungkei bersama penduduk di Surau Jannatun Naim, Kampung Rambai, di sini semalam.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan keperluan asas dapur dan sejadah kepada 15 penduduk kampung sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: TBS kutip RM155 juta zakat bagi 2025
Next: Jentera baharu perkukuh kesiapsiagaan BBP Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.