Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kerjasama i-CATS, sekolah perkasa kemahiran STEM melalui aplikasi sistem solar
  • PENDIDIKAN

Kerjasama i-CATS, sekolah perkasa kemahiran STEM melalui aplikasi sistem solar

Utusan Sarawak 4 hours ago
KOLEJ Universiti i-CATS menerajui inisiatif khidmat komuniti berteraskan tenaga boleh diperbaharui menerusi Program Masa Depan Solar – Memperkasa Sekolah bersama pelajar SMK Lundu dan SMK Singai, baru-baru ini. Foto UKAS

LUNDU: Kolej Universiti i-CATS menerajui inisiatif khidmat komuniti berteraskan tenaga boleh diperbaharui menerusi Program Masa Depan Solar – Memperkasa Sekolah melalui Latihan dan Inovasi bagi memperkasa kemahiran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini.

Program yang dibiayai oleh Persatuan Peranti Elektron IEEE (IEEE EDS) itu memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta melalui latihan pemasangan, pengujian dan penyelesaian masalah asas sistem solar sekali gus membolehkan mereka mengaplikasikan teori bilik darjah dalam situasi sebenar.

KOLEJ Universiti i-CATS menerajui inisiatif khidmat komuniti berteraskan tenaga boleh diperbaharui menerusi Program Masa Depan Solar – Memperkasa Sekolah bersama pelajar SMK Lundu dan SMK Singai, baru-baru ini. Foto UKAS

Inisiatif jangkauan STEM dan SULAM bersepadu tersebut turut membuka peluang kepada pelajar program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik i-CATS melaksanakan pembelajaran berasaskan khidmat menerusi penglibatan langsung bersama komuniti sekolah.

Fasa pertama program melibatkan sesi latihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu pada 4 Disember 2025 dan SMK Singai pada 11 Disember 2025 selepas pasukan pelajar i-CATS menjalani persediaan berstruktur yang dipimpin pensyarah dengan sokongan juruteknik makmal di kampus.

Latihan yang dijalankan merangkumi asas tenaga solar, keselamatan elektrik, pengendalian komponen, amalan pendawaian selamat serta kaedah mengesan dan membetulkan ralat sambungan yang lazim berlaku.

KOLEJ Universiti i-CATS menerajui inisiatif khidmat komuniti berteraskan tenaga boleh diperbaharui menerusi Program Masa Depan Solar – Memperkasa Sekolah bersama pelajar SMK Lundu dan SMK Singai, baru-baru ini. Foto UKAS

Program itu dilaksanakan oleh lapan pensyarah, dua juruteknik makmal dan 12 pelajar i-CATS dengan penyertaan 28 pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 di SMK Lundu serta 30 pelajar Tingkatan 4 di SMK Singai.

Guru-guru di kedua-dua sekolah turut memainkan peranan aktif sekali gus mencerminkan komitmen kepimpinan sekolah terhadap pemerkasaan pendidikan STEM dan kelestarian tenaga.

Penggunaan kit latihan solar binaan khas yang dibangunkan pasukan projek bersama pelajar, peserta mempelajari cara membaca rajah skematik ringkas, mengenal pasti komponen utama, memasang litar solar serta menjalankan ujian dan pengukuran asas.

Program memasuki fasa kedua pada Februari 2026 dengan penekanan terhadap aplikasi praktikal apabila pasukan projek kembali ke SMK Singai pada 11 Februari lalu dan ke SMK Lundu pada 12 Februari lalu bagi mengukuhkan penguasaan kemahiran pelajar melalui pemasangan sistem lampu solar dan lampu jalan termasuk proses penyambungan, pengujian serta pemeriksaan teknikal.

Dalam sesi susulan tersebut, peserta turut didedahkan kepada prosedur keselamatan dan semakan teknikal asas seperti pengesahan polariti serta ujian kesinambungan bagi memastikan sistem lampu solar berfungsi dengan baik.

Penganjur memaklumkan pendekatan itu menekankan bahawa pembelajaran STEM tidak seharusnya terhenti pada penggunaan kit latihan semata-mata sebaliknya perlu diterjemahkan kepada keupayaan praktikal, peningkatan keyakinan diri dan kemahiran menyelesaikan masalah dunia sebenar.

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: UKM henti guna khidmat koperasi urus pengambilan pelajar, kutipan yuran
Next: Unimas, Universiti Copenhagen lancar kursus lapangan bersama SLUSE 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.