Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen kepada Sarawak – Premier Sarawak
  • SEMASA

Kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen kepada Sarawak – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis makan malam bersama komuniti sempena  lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan hubungan erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal terus menjadi pemacu utama pembangunan negeri ini.

Menurut beliau, lawatan rasmi Perdana Menteri ke Sarawak membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap negeri ini meskipun beliau sibuk menguruskan hal negara di dalam dan luar negara.

“Ini menunjukkan bahawa Sarawak tetap di hati Perdana Menteri. Malah, pagi tadi beliau sendiri turun ke Medamit, Ulu Limbang, untuk melihat kawasan yang mungkin ramai antara kita pun belum sampai. Itu bukti perhatian beliau terhadap Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersama komuniti sempena  lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak di sebuah hotel terkemuka, malam ini.

Tambah beliau, kerjasama erat itu jelas dilihat melalui beberapa inisiatif besar yang telah diserahkan kepada Sarawak, antaranya MASwings, Bintulu Port serta kepentingan dalam Affin Bank.

Beliau menambah, projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) Fasa Kedua juga menjadi lambang kesepaduan usaha antara kedua-dua pihak bagi menghubungkan kawasan utara Sarawak hingga ke Sabah.

“Saya telah maklumkan kepada Perdana Menteri, walaupun ada sedikit ‘missing link’, jangan risau kerana Sarawak akan turut bekerjasama untuk membangunkan jalan itu. 

“Ini menunjukkan bukan sahaja jalan raya yang disambung, tetapi juga silaturahim rakyat Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Premier Sarawak turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana memberikan sokongan berterusan kepada Sarawak dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, infrastruktur dan pembangunan ekonomi.

“Kalaulah Sarawak kuat, Malaysia akan lebih hebat. Semangat kerjasama dan persefahaman ini akan menjadi landasan penting khususnya ketika negara meraikan Hari Malaysia pada bulan ini, bagi memastikan pembangunan yang lebih inklusif dan seimbang untuk seluruh rakyat,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SSLR jadi penghubung Sarawak, Sabah – Fadillah
Next: Sokongan Sarawak asas kestabilan politik negara – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.