Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerjasama bomba, masyarakat efisien tangani kes kecemasan
  • SEMASA

Kerjasama bomba, masyarakat efisien tangani kes kecemasan

Utusan Sarawak 1 day ago
SAHABAT BOMBA…Hasbi dan tetamu lain bergambar bersama para pemenang  pada Program Larian Bomba Limbang Edisi ke-3 2025 di BBP Limbang semalam.

LIMBANG:  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan sahabat sejati masyarakat yang sentiasa berkhidmat dalam segala situasi kecemasan dan bencana.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata  hubungan baik antara bomba dan masyarakat tidak dapat dinafikan dan kerjasama kedua pihak ini mampu membantu menghadapi kes kecemasan dengan lebih pantas dan efisien.

“Kita mestilah mempunyai pemikiran yang positif dan sebagainya bahawa mereka ini adalah sahabat kita, dalam  perjalanan hidup kita sehari-hari.

“Mereka adalah  sebahagian daripada kita yang akan sentiasa memberikan bantuan dan sebagainya, sentiasa menyelamat dalam apa jua situasi,” katanya berucap pada Program Larian Bomba Limbang Edisi ke-3 2025 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang semalam.

Turut sama ialah Timbalan Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii, Ketua Zon Tujuh, JBPM Limbang Ramlan Marajan, Ketua BBP Limbang, Tawang  Lingem dan Ketua BBP Lawas Clarance D Primus Tiandun.

Hasbi menyifatkan Larian Bomba Limbang 2025, yang merupakan edisi ketiga penganjurannya, sebagai satu lagi acara yang berpotensi menjadi daya tarikan kepada peserta luar, khususnya pelari-pelari dari negara jiran Brunei, untuk menyertai program tersebut.

Program itu disertai 313 pelari dari Limbang, Lawas, negara jiran Brunei dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kategori yang dipertandingkan ialah Larian Santai 5 kilometer (km) , terbuka lelaki  dan wanita 15 km, veteran lelaki dan wanita.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pengalaman pertama sambut Deepavali, warnai kehidupan pasangan di Sarawak  
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Persatuan Ulama Sarawak dan Jawatankuasa Induk Lan Berambeh Anak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.