Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerjasama antarabangsa penting untuk masa depan tenaga mampan ASEAN
  • SEMASA

Kerjasama antarabangsa penting untuk masa depan tenaga mampan ASEAN

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga ke-43 (SOME) di sini, malam ini. Foto Bernama

KUCHING: Kerjasama antarabangsa adalah penting untuk ASEAN bagi merealisasikan masa depan tenaga yang mampan memandangkan aspirasi ini memerlukan negara-negara anggota mengguna pakai teknologi inovatif dan memperkukuh infrastruktur tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata kepakaran, kemajuan teknologi dan sokongan pelaburan daripada rakan dialog ASEAN dan organisasi antarabangsa adalah penting untuk menangani cabaran yang kompleks dan mencapai matlamat tenaga bersama.

“Melalui kerjasama pelbagai aspek inilah kita dapat bersama-sama mempercepat kemajuan ke arah masa depan tenaga yang lebih bersih, lebih hijau dan lebih selamat,” katanya pada majlis makan malam alu-aluan untuk para delegasi yang menghadiri Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN ke-43 Mengenai Tenaga (SOME) yang diadakan di sini malam ini.

Majlis makan malam itu dihadiri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata beliau menantikan pertukaran idea yang produktif dan hasil perbincangan yang bermakna bersama rakan dialog ASEAN dan organisasi antarabangsa sepanjang dua hari akan datang.

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga ke-43 (SOME) di sini malam ini. Foto Bernama

“Kami percaya dengan bekerjasama erat, berkongsi pengetahuan dan memanfaatkan kekuatan antara satu sama lain, kita dapat membuka potensi besar dalam sektor tenaga dan mendorong perubahan yang bermakna,” katanya.

Beliau menambah bahawa Malaysia tetap komited terhadap peralihan tenaga, dengan usaha berterusan untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu, menambah baik kecekapan tenaga dan meneroka penyelesaian termaju ke arah ekonomi rendah karbon.

Mesyuarat ASEAN-SOME ke-43 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 18 Jun, melibatkan kira-kira 250 delegasi termasuk pegawai kanan tenaga dan wakil daripada Sekretariat ASEAN dan Pusat Tenaga ASEAN.

Kesemua 10 negara anggota ASEAN-Malaysia, Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam turut mengambil bahagian, manakala Timor-Leste hadir sebagai pemerhati.

Rakan dialog seperti China, Jepun, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat turut hadir, selain wakil daripada Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Institut Penyelidikan Ekonomi ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerja menakung air di Empangan Baleh bermula 2027, siap 2029
Next: Sarawak sedia kongsi lebihan tenaga dengan negara ASEAN – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.