Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja saliran Jalan Datuk Bandar Mustapha tunjuk kemajuan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerja saliran Jalan Datuk Bandar Mustapha tunjuk kemajuan

Utusan Sarawak 6 hours ago
MICHAEL Kong meninjau kerja-kerja yang dijalankan di Jalan Datuk Bandar Mustapha.

KUCHING: Kerja-kerja pembinaan saliran di Jalan Datuk Bandar Mustapha menunjukkan perkembangan positif susulan aduan yang dikemukakan pada Oktober 2025.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Michael Kong Feng Nian berkata, lawatan ke lokasi telah dilakukan bagi meninjau kerja pembinaan saliran yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

“Saya berasa lega apabila mendapati JKR Sarawak telah mengambil tindakan dengan membina sistem saliran baharu bagi melancarkan aliran air hujan, sekali gus mengurangkan risiko takungan air dan banjir,” katanya.

Menurut beliau, langkah tersebut dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat serta pengguna jalan raya yang sekian lama terjejas akibat masalah saliran di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan kerja yang sedang dijalankan ketika ini hanya melibatkan sebahagian daripada keseluruhan projek.

“Adalah penting baki kerja dapat disiapkan sepenuhnya supaya masalah saliran di kawasan ini dapat diselesaikan secara berkesan dan berpanjangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihaknya akan terus memantau perkembangan projek tersebut dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, mengikut jadual serta memberi manfaat kepada orang ramai.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Hazmat JBPM kesan gas mudah terbakar tahap risiko tinggi di Tapak Pesta Kaul, Oya
Next: Perhimpunan bulanan IPD Bau perkukuh disiplin dan profesionalisme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.