Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja penurapan sementara dilaksanakan di Jalan Ketitir, Padawan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerja penurapan sementara dilaksanakan di Jalan Ketitir, Padawan

Utusan Sarawak 5 hours ago
KAUNSELOR Gerald Goh menunjukkan jalan yang telah diturap semula.

KUCHING: Jalan Ketitir, yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan pengguna akibat kerosakan daripada aktiviti pembangunan berhampiran, kini telah menjalani kerja penurapan sementara oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Ahli Majlis MPP, Kaunselor Gerald Goh berkata, bahagian jalan yang terjejas telah diturap semula menggunakan lapisan premix baharu susulan komitmen pihak majlis untuk menyelesaikan isu tersebut sebelum 18 Januari.

JALAN Ketitir yanbg sudah diturap.

“Seperti yang dijanjikan, MPP telah mengambil tindakan proaktif. Bahagian jalan yang rosak telah dibaiki, lubang jalan ditampal, dan permukaan jalan dipertingkatkan bagi memulihkan keselesaan pemanduan serta meningkatkan keselamatan pengguna,” katanya.

Beliau menambah, MPP akan terus komited memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada masyarakat.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan persekitaran yang selamat, lancar, dan diselenggara dengan baik demi manfaat serta kesejahteraan komuniti dalam jangka panjang,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Keselamatan pelancong jadi keutamaan, Majlis Bandaraya Miri diminta semak penyenggaraan kemudahan awam
Next: ASEZ santuni warga emas di Rumah Seri Kenangan Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.