Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kerja pengubahsuaian Pusat Dialisis BSMM Miri capai 60 peratus, sumbangan tambahan diperlukan
  • KESIHATAN

Kerja pengubahsuaian Pusat Dialisis BSMM Miri capai 60 peratus, sumbangan tambahan diperlukan

Utusan Sarawak 15 hours ago
TINJAU…Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin semasa meninjau perkembangan kerja pengubahsuaian Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Miri hari ini.

MIRI: Kerja pengubahsuaian Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Miri kini mencapai tahap 60 peratus siap, sekali gus menandakan perkembangan positif dalam usaha menaik taraf kemudahan rawatan untuk pesakit buah pinggang di bandar ini.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, naik taraf menyeluruh itu penting bagi memastikan pusat berkenaan terus memberikan rawatan dialisis yang selamat, moden dan selaras dengan piawaian Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pusat ini merupakan antara pusat dialisis terbaik di Malaysia. Pengubahsuaian yang sedang dilakukan amat perlu untuk memastikan peralatan dan fasiliti baharu dapat memenuhi keperluan semasa dan piawaian KKM,” katanya semasa meninjau perkembangan kerja pengubahsuaian pusat berkenaan hari ini.

Menurut beliau, setakat ini pusat tersebut telah menerima sumbangan berjumlah RM1.5 juta, namun jumlah itu masih jauh daripada kos keseluruhan projek sebanyak RM4.541 juta.

Sehubungan itu, Kim Shin menggesa lebih banyak pihak korporat, komuniti setempat serta pertubuhan bukan kerajaan tampil menghulurkan sokongan agar projek tersebut dapat disiapkan sepenuhnya menjelang pertengahan tahun hadapan.

“Sumbangan daripada mana-mana pihak amatlah dihargai. Sokongan ini memberi impak langsung kepada pesakit yang memerlukan rawatan dialisis berkualiti dan berterusan,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa Pusat Dialisis BSMM Miri merupakan aset penting bagi rakyat Sarawak, khususnya mereka yang bergantung kepada rawatan dialisis berkala untuk meneruskan kehidupan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Hospital Sibu terima sumbangan 6 pendingin hawa dan 12 kipas siling
Next: Wilfred Yap refutes claims of neglect at Kota Sentosa Health Clinic

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.