Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja pemuliharaan Sungai Kijang dan Sungai Tulai siap dilaksanakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerja pemuliharaan Sungai Kijang dan Sungai Tulai siap dilaksanakan

Utusan Sarawak 4 hours ago
WONG Soon Mee selaku wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan dokumen pengesahan siap kerja bagi projek pemuliharaan. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Kerja pemuliharaan Sungai Kijang serta sungai dan anak Sungai Tulai di kawasan Koperasi Tulai dan Jalan Tulai telah siap dilaksanakan sepenuhnya bagi meningkatkan sistem saliran dan mengurangkan risiko hakisan  banjir di kawasan terlibat.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, projek pemuliharaan tersebut penting dalam memastikan kesejahteraan penduduk dan melindungi kawasan sekitar daripada masalah hakisan dan limpahan air.

Katanya, lawatan tapak dan pengesahan siap kerja bagi projek pemuliharaan Sungai Kijang telah diwakili oleh Wong Soon Mee dari Pusat Khidmat Parlimen Sarikei selaku wakil beliau bersama Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarikei, Awangku Shahmim.

PROJEK pemuliharaan Sungai Kijang telah siap sepenuhnya. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

“Selain itu, satu lagi lawatan tapak turut diadakan bagi pengesahan siap kerja pemuliharaan sungai dan anak Sungai Tulai di kawasan Koperasi Tulai serta Jalan Tulai bersama Penolong Jurutera DID Sarikei, Aneves Lang.

“Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pelaksanaan projek berkaitan pemuliharaan sungai dan sistem saliran kerana ia amat penting bagi menjaga keselamatan serta kesejahteraan penduduk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, kerajaan akan terus memantau dan melaksanakan projek berkaitan kemudahan asas dan infrastruktur demi memastikan pembangunan luar bandar dapat diperkasakan secara berterusan.

Beliau turut berharap projek yang telah siap dilaksanakan itu dapat memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat dan meningkatkan tahap keselamatan kawasan sekitar.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: IPD Meradong laksana operasi bersepadu cegah jenayah
Next: Larian Senyap Bintulu angkat kesedaran inklusiviti, sokong komuniti Pekak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.