Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja pemulihan dilaksanakan di kawasan tanah runtuh Kampung Bukit Kota
  • WILAYAH

Kerja pemulihan dilaksanakan di kawasan tanah runtuh Kampung Bukit Kota

Utusan Sarawak 8 hours ago
PANTAU… Pengurus Pembinaan, Syarikat Kontraktor Bumiputera Musyati Sdn Bhd, Justin Tang bersama rakan sekerja memantau kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh Kampung Bukit Kota.  

LIMBANG: Kerja-kerja pemulihan susulan kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Kota di sini sedang giat dijalankan hari ini, melibatkan pembersihan kawasan dan kerja perparitan.

Pengurus Pembinaan, Syarikat Kontraktor Bumiputera Musyati Sdn Bhd, Justin Tang berkata pihaknya kini giat melaksanakan kerja pembersihan di lokasi kejadian dengan kekuatan aset terdiri daripada tiga jengkaut dan lima lori pengangkut tanah.

“Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh ini dilakukan secara teliti. Memang terdapat cabaran memandangkan keadaan lokasi yang berhampiran tebing sungai serta kawasan yang agak terhad untuk pergerakan keluar masuk lori,” katanya kepada media hari ini.

BERHATI-HATI… Lori dan jentera berat sedang beroperasi membersih kawasan tanah runtuh yang menutup jalan raya ke Kampung Bukit Kota dan Kampung Pemukat Limbang.

Justin berkata selain membersihkan sisa runtuhan tanah, pihaknya juga akan menjalankan kerja pembersihan parit di kawasan bukit bagi mengelakkan air bertakung yang boleh meningkatkan risiko kejadian tanah susur.

Beliau menjelaskan kerja-kerja pembersihan itu dijangka mengambil masa kira-kira tiga hari, bergantung kepada keadaan cuaca.

Pada Sabtu lalu, lapan penghuni rumah terselamat manakala kediaman tersebut mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira 2.00 petang.

Kejadian itu turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan air, selain jalan utama menuju ke Lapangan Terbang Limbang terpaksa ditutup sementara sehingga kerja pembersihan serta penilaian keselamatan di kawasan tersebut selesai dilaksanakan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 500 pek bubur lambuk diagih kepada penduduk Usahajaya Baru
Next: Industri kecil dan sederhana di Limbang miliki potensi besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.