Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja pemasangan paip utama LAS bermula esok di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerja pemasangan paip utama LAS bermula esok di Sibu

Utusan Sarawak 22 hours ago
LEMBAGA Air Sibu (LAS) memaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan paip besi air utama bersaiz 1600mm akan dilaksanakan bermula esok, melibatkan laluan sepanjang bahu jalan dari pejabat LAS hingga ke Kompleks Membeli-Belah Sing Kwong.

SIBU: Lembaga Air Sibu (LAS) memaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan paip besi air utama bersaiz 1600mm akan dilaksanakan bermula esok, melibatkan laluan sepanjang bahu jalan dari pejabat LAS hingga ke Kompleks Membeli-Belah Sing Kwong.

Menurut kenyataan rasmi LAS, pelaksanaan projek ini akan membabitkan kerja-kerja pembinaan yang mungkin memerlukan pengalihan atau penebangan tumbuh-tumbuhan, taman serta pokok yang terletak di kawasan rizab jalan kerajaan bagi memberi laluan kepada pemasangan paip berkenaan.

Sehubungan itu, pihak LAS memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin dialami oleh penduduk setempat serta pengguna jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaan projek tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai projek ini boleh menghubungi Talian Talikhidmat LAS di 013-810 6311.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tandas awam Sibu tidak memuaskan, MPS cadang tindakan segera
Next: 40 anggota polis sertai program derma darah sempena Hari Polis ke-218

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.